For aLL My LoveLy Friend WeLcoMe To My BloG

DaLam KeHidupan HaruS SelaLu BerWasPaDa DenGan Apa YanG Ada DI Sekeliling Kita.....

--ShahFiq InDraWan ---

My FormaL Pic

kat Melaka

About Me

Foto saya
Name sy MuhamaD SyaFIq bin Mohd Yusof ...bebudak Panggil fiq jeLau kat lua budak pggil shah..ops jgn pelik taw.name 2 dieorang yg bagi...asaL Melaka...BesAR Kat N9...Em....birhtday sy 24 julai 1989...skang Blajar kat Kolej Teknologi IsLam AntarabanGsa MelaKa..Diploma Kaunseling Semester 3...Cita-cita nk jadi artis tapi x kesampaian...sbab ayah x mengizinkan..saya dapt tawaran 2 buah syarikat rakaman...tp semunya berkecai..musnah...

---ShahFiq InDraWan ---- Seribu Erti ----

Layan SonG

My FaVourite SonG

My Favourite SonG 2

SahaBaT Dan KedaMaiaN

JauHi Dari PenGaniaYaan

My BLoG LisT

Ahad, 29 Mac 2009

---ShahFiq InDraWan Tips----

25 Tips Untuk Kekal Bercinta

--------------------------------------------------------------------------------

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.

6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Isnin, 23 Mac 2009

---ShahFiq InDraWan Tips----

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki



Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, Shahfiq kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.


Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.


Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula


Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?


Shahfiq percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan. Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.


3. Orang lain lebih hebat dari diaAdakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.


1. Terangkan perkara sebenarAdalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.


4. Nyanyikan lagu buatnyaHa…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


Seperti yang Shahfiq katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

Personaliti Cinta


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ahad, 22 Mac 2009

5 Tips Dalam Berpasangan


Tips Cinta Ungkapan Cinta


1. Saling Mempercayai Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.


3. Bertolak Ansur Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


4. Kejujuran Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?


5. Kesetiaan Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga.
Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Isnin, 16 Mac 2009

---ShahFiq InDraWan Tips ----

9 SembiLan Tips Raih CinTa BaRu


Lupakan lama Yang Tidak Kesampaian.Segala yang Telah Berlalu,Biarlah ia Berlalu...Hidup Harus Diteruskan.Kamu Masih Layak Untuk Terus Dicintai..PaLing Penting Usah Biarkan Kenangan SiLam Menyekat Kebahagiaan Anda...
ShahFiq InDraWan Memahami Kesedihan Yang Anda Pernah Alami akibat Daripada KegagaLan CinTa Lama..Sebab ItuLah ShahFiq Sedia Membantu Memberi Anda Sedikit Panduan Untuk melupakan Semua Kenangan Dan Kisah SiLam Anda Dengan Si Dia..
Namun SebeLum iTu Hayati Serangkap Dua Kata ini Semoga Ianya Dapat Membei PeransanG Membuat Anda BangKit Untuk Mencari Cinta YanG Baru "Burung Punai Burung Kendidi ,Cantik di PanDanG TerpikaT Di Hati..ApaLah di Nanti Pada Yang Tak Sudi ,Masih Ramai Lagi Yang Sedia MenanTi...Ayuh BanGkitLah Dari Mimpi- Mimpi NgeRi CariLah Cinta Yang Sejati......

1. Tips YanG PerTama

Azam..

Setiap Kali Anda Mahu Berubah Pertama Sesekali Anda PerLu Ada Azam untuk Melakukannya.Begitu Juga DaLam Bab Cinta Tanam Azam Untuk Terus Melupakan Si Dia dan Buka Hati Anda Untuk Menerima Orang Lain..

2. Tips YanG Kedua

Kuburkan SegaLa Kenangan

Buang Semua Kenangan Anda Dengan Si Dia.Nombor Telefonnya,mesej-mesejnyer,surat-surat Cintanya dan Memberiannya..Jangan Ada Yang Satu Pun Anda Simpan.Ini Kerana Untuk Mengelak ianya akan Menjadi PenghaLang Untuk Anda Menerima Orang Lain..

3. Tips ke Tiga

BersosiaL

Sekiranya Ada masa terLuang,apa Kata Anda KeLuar Dengan Rakan-rakan..Buka PandanGan Anda Agar Tidak Melihat Pada Seorang Laki@PeremPuan Sahaja.Apabila Anda Bercampur Dengan Rakan-rakan Barulah Kamu Tahu Sebenarnya Dunia ini Luas Dan Banyak Pilihan.Tidaklah hanya Bergantung Pada SeoranG Sahaja

4. Tips Yang Ke Empat

BerChattinG

BerChattinG Selalu Dikaitkan dengan Sesuatu Yang Negatif .Namun Kalau Skali Sekala kita Lihat Dari Sudut Positifnya.Dengan Cara Berchatting Jugalah Telah Menemukakan Banyak Pasangan Kekasih dan Bahagia Sampai ke Jinjang PeLamin .Jadi Kesimpulannya Anda Boleh BerChatting Tetapi Hati-Hati Jangan Sampai Tertipu..

5. Tips YanG Ke Lima

Bercuti Atau MeLanconG

Bercuti Memang Dapat Meredakan Segala tekanan Dan Dapat Lari Dari Semua MasaLah.OLeh itu Bawalah Diri Anda berehat Sebentar Dengan Bercuti Di tempat-Tempat Yang Tenang Membolehkan Anda Berfikir Dan Melupakan Terus Si Dia.

6. Tips Yang ke Enam

Membaca

Sesetengah Orang Agak MaLas Membaca Tetapi PercayaLah Dengan Membaca Kamu Dapat Membuka Fikiran Anda Luas-Luas dan Boleh Berfikir Dengan Lebih Matang Terutama Bila Anda Membaca Buku-buku Yang Boleh Memotivasikan diri.Secara Tidak Langsung Juga Dapat Menanmbah pengetahuan tentang Cinta...

7. Tips YanG Ke Tujuh

Bersukan

Luangkan Sedikit Masa Anda Dengan Bersukan Dan Beriadah.SeLain Mendapatkan Tubuh Badan Yang Sentiasa Segar Masa Terluang Anda Juga Terisi Dengan Sesuatu Yang lebih Berfaedah.Kemudian Manalah Tahu Sedang Anda Asyik berjogging Dapa t Bertemu Dengan Cinta Yang Baru.

8. Tips YanG Ke Lapan

Menari dan Menyanyi

Bagi Orang Yang Meminati Bidang Seni apa Kata Anda Pergi Berkaraoke ataupun Mengisi Masa Terluang Dengan Mengikuti Latihan Menari.Membuat Sesuatu Perkara YanG Anda Suka dapat Menjadikan Anda Lebih Menghargai diri dan Bertambah Yakin Anda Layak Untuk Terus DiCintai..

9. Tips Yang Ke SembiLan

Ubah Imej

Ini adaLah Yang PaLing Penting Kebiasaannya Orang Yang Gagal BerCinta Penampilannya Berserabut Dan Kurang Terurus .Anda PerLu Ubah Imej Agar Nampak Lebih Segar dan Lain Dari Sebelumnya ,MisaLnya Mungkin Kalau Perlu Anda Menggunting Rambut atau Mewarnakan Rambut ataupun Ubah Cara Kamu Berpakaian Agar Nampak Lebih Bergaya dan Trendy .Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk Tetapi Bagi Memberi Kepuasan Pada diri.Di Samping Itu Juga Dapat Menambah Keyakinan Diri Untuk Berhadapan Dengan Orang Lain

----ShahFiq InDrawaN--

> itu je ar 9 Tips Yang Boleh ShahFiq Bantu Kawan-Kawan Yang Ade Masalah Nk Terima teman Baru dalam Hidup Dia..

> Kawan-Kawan Yang Tak da MasaLah Pun Leh Bace Untuk MengHadapi Hari Yang Mendatang..

Khamis, 22 Januari 2009

Fiq

sHah